Friday, January 7, 2011

Forex dan Skim Cepat Kaya

Salam...

Kekeliruan di antara pertukaran asing dan skim cepat kaya

Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti bermain pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi. Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing. Pelabur individu pula masih dibenarkan bermain pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara. Oleh itu pelabur Malaysia kerap bermain pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar.

No comments:

Post a Comment